facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

FARHAN AMIN

Powered by Blogger.
ASSALAMUALAIKUM..SAYA NURULFARHAN BT MOHD AMIN..NICE TO MEET YOU ^.^. ..

HAI


Assalamualaikum....semenjak hati ini dirundum perasaan bingung dengan masalah yang berlaku membuatkan aku teRdetik untuk menunaikan SOLAT SUNAT ISTIKHARAH..setelah habis mengulangkaji pelajaran..aku terus bergegas mengambil wuduk dan memcapai buku PANDUAN SOLAT yang terdapat di atas meja belajar ku...aku juga tidak lupa untuk mecari beberapa artikel mengenai kelebihan solat sunat 2 rakaat ini..Justeru..aku terjumpa satu artikel yang sangat berguna buat para pembaca DIARI ONLINE ku yang tidak seberapa ini...

from http://luqmannul.blogspot.com

Jabir bin Abdillah r.a., ia berkata: 
"Rasulullah SAW mengajari kami solat Istikharah 
untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari Surah Al-Quran." Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang diantara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mengatasi persoalanku) dengan Mahakuasa-Mu. Aku memohon kepada-Mu sesuatu dari anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) lebih baik dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya dalam diriku atau-Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - takdirkanlah (tetapkanlah) untukku, mudahkanlah jalannya, kemudian berilah berkah.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui persoalan ini membawa keburukan bagiku dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya kepada diriku, atau Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan (tetapkanlah) kebaikan untukku di mana sahaja kebaikan itu berada, kemudian berikanlah keridhaan-Mu kepadaku.'"
(HR. Bukhari, Abu Dawud,
At-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah)


Keterangan tentang Solat Istikharah

1. Solat Istikharah hukumnya sunat. 

2.Boleh melakukan solat Istikharah pada bila-bila waktu, setelah solat yang wajib atau sebelumnya.
 

3. Boleh membaca Surah apa sahaja selepas Al-Fatihah kerana tidak ada dalil yang menetapkan surah tertentu.
 

4. Tidak ada keterangan bahawa seseorang apabila sudah solat Istikharah akan bermimpi melihat sesuatu,
 atau lapang dadanya. 

5. Yang jelas bahawa Solat Istikharah adalah ibadah, ibadah harus ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah SAW, Istikharah termasuk juga zikir kepada Allah, dan zikir kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang.
 

6. Yang harus kita perhatikan dalam solat Istikharah adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka adalah sebaik-baik manusia yang paling faham tentang maksud Rasulullah SAW.


7. Solat Istikharah cukup dilakukan sekali menurut hajat yang dibutuhkan, adapun berulang sampai tujuh kali tidak ada contohnya,
(Fiqhud Du'aa-Syaikh Mushthafa al-'Adawi
Hadiits Shalaatil Istikharaah Riwaayatan wa Diraayatan
- Dr. 'Ashim 'Abdullah al-Qaryuti)

~~semoga entry kali ini memberi manfaat kepasa semua~~
Salam Barakah
NFMA
10:18 AM No Kasih Sayang=.='


Kediginan cuaca diselangi hujan seperti memahami akan kesedihan di hati ini..Seperti insan-insan yang lain..aku juga sering tertewas dengan dunia yang bernama CINTA...kadangkala kurasa dunia CINTA terlalu kejam dan kadangkala kuasakn dunia CINTA seakan memberikan aku 1001 makna tentang erti kehidupan yang sebenar.Tapi apa yang aku tahu...ini semua adalah ujian dan ketntuan daripada Allah S.W T yang maha mengetahui segala-galanya...Sememangnya menyukai seseorang adalah perkara yang amat biasa buat manusia.Ya...dilukai dan melukai...jiwa remaja sangat lali dengan keadaan ini...Aku juga seperti kalian..menginginkan CINTA yang mampu membimbing aku kejalan NYA...aku juga menginginkan seorang lelaki yang mampu menjadi imamku..tetapi mungkin sekarang bukan masanya..."CINTA BERMULA DARI PERSAHABATAN"...aku sememangnya berpegang pada kata- kata ini...ya...kisahku ini mungkin sudah biasa berlaku tehadap gadis2 lain...menyukai insan yang bergelar SAHABAT...aku tak kisah apa jua pandangan orang mahupon pandangan sidia...bagi aku...ini lah permulaan aku mencari bakal imamku..kerana aku sudah mengenali dia dan aku yakin dengan sifatnya...tapi aku tak kisah jika ditolak...yang penting aku berani untuk jujur dengannya...memang amat berat aku menerima semua ini tapi demi kebaikan aku lepaskan saja semua..kembali menjadi SAHABAT..berkongsi suka dan duka...itu sudah bermakna buat aku..>.<...Aku mungkin tidak akan mencintai insan yang aku cintai..tetapi aku pasti akan mencintai insan yang Allah tentukan buat aku....kerana aku tidak layak berasa arif tentang cinta daripada Allah S.W.T yang telah menitipkan cinta diantara kalian berdua...semoga kalian dapat mencipta syurga didunia sebelum meraih syurga di akhirat...^^..........

10:16 AM No Kasih Sayang=.='
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amet nibh vulputate.

Follow Us

Labels

suke suki kakyan

recent posts

Blog Archive

  • ►  2013 (9)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (33)
    • ►  December (2)
    • ▼  October (2)
      • Sahaja aku solat sunat istikharah kerana Allah SWT
      • kedinginan hati..:'(
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (9)
    • ►  February (5)
    • ►  January (8)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (6)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
  • ►  2010 (4)
    • ►  September (4)

Categories

Press

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose