by - 7:27 PM

^
|
|
|
auwwwww!!!~~~nikmatnya kalau dapat makan kek coklat bersama hot coklat..
yummy2...huhuuh..eh..lupe nak bagi salam..
Assalamualaikum silent reader..amacam..sihat????
Hari ni yan nak kongsi satu resipi yang yan sangat suka buat bila di rumah
KEK COKLAT KUKUS...
hee..dijamin sedap tau...

BAHAN..
1 cawan serbuk coklat (sape yang suke milo boleh gunakan milo):)
1 cawan gula
1 cawan minyak masak(boleh gantikan dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum  naik sendiri(lagi lembut)
1 tin susu cair
1 1/s sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
hiasan (coklat bar,coklat rice atau apa2 hiasan yang menarik)

CARA-CARA
1.Sebelum buat apa-apa,the first thing yang kita kena buat ialah didihkan air dalam pengukus
2.Sementara tunggu air mendidih,ambil 2 biji telur dan pukul hingga kembang,setelah itu campurkan minyak masak dan susu cair,gaul sehingga kembang.
3.Dalam mangkuk lain,masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,serbuk penaik,gula dan serbuk coklat.Gaulkan
4.Setelah itu,campur adunan 1 dan adunan 2 dan kacau hingga sebati.
5.Sediakan loyang yang telah disapukan dengan marjerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati..
6.Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit
7.Selepas masak,cairkan coklat bar dan sapukan diatas serta disekeliling kek,setelah itu,taburkan manik2 hiasan diatas kek
8.Kek siap untuk dimakan(*lagi sedap kalau sejukkan dalam peti)

SELAMAT MENCUBA....=)

ktata^_^



You May Also Like

0 Kasih Sayang=.='