Kaulah segalanya

by - 11:01 AM

" Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani "



Tanpa dia..tiadalah aku di dunia ini...
Tanpa dia, tiadalah seorang insan yang tabah mengharungi onak dan duri kehidupan..
Dia lah segala-galanya..
Madu dan racun buat aku..
Seorang lelaki yang tabah dan sabar..
Seorang lelaki yang menjadi idola ku..


Dia tidak pernah jemu ulak alik mengambilku dari asrama..
Dia juga tidak pernah mengenal erti penat memandu kereta semata-mata ingin menjemputku pulang dari Universiti..
Dia sering merontanku setiap kali aku gagal dalam pelajaran..
RM 2.50 yang sering diberikan olehnya sentiasa dalam ingatan aku..


Dia seorang ayah yang sangat rajin...seorang suami yang tidak pernah jemu menemani isteri tersayang ke mana jua..
Seorang ayah yang sering menasihati putera puterinya dalam urusan kehidupan..
Seorang ayah yang tidak kenal erti penat semata-mata untuk mencari rezeki buat keluarganya...

13 April 2013..
Genaplah sudah usia beliau yang ke 55 tahun...
" Ayah, kak yan nak ucapkan SELAMAT ULANG TAHUN KE 55..terima kasih kerana menjadi ayah yang terbaik buat kami semua...ayah lah segala-galanya buat kak yan...semoga Allah senantiasa melindungi ayah kemana jua ayah pergi dan apa jua urusan ayah..kak yan janji kak yan akan buat ayah gembira dan bangga dengan kak yan dan juga anak-anak ayah.."

Ayah lah Hero kak yan untuk selama-lamanya..tiada lelaki lain dapat menggantikan ayah di hati kak yan 
I love you until Jannah ^^,

MOHD AMIN BIN BAKRI
13 APRIL 1958

You May Also Like

0 Kasih Sayang=.='