Doa buat sang misteri..

by - 11:51 AM

Ya Allah,
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan menjadi sebahagian daripada hidupku
Seorang yang sungguh mencintai Mu lebih dari segala sesuatu.
Seorang lelaki yang akan meletakkanku pada posisi ketiga setelah Engkau dan ibunya.
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk-Mu
Wajah kacak dan daya tarikan fizikal tidaklah penting.
Yang paling penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai Engkau
Dan dia haruslah mengetahui untuk siapa dan mengapa dia hidup, sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seseorang yang memiliki hati yang bijak
bukan hanya otak yang cerdas.
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormati aku
seorang lelaki yang bukan sahaja memujaku
tetapi dapat juga menasihati aku ketika aku berbuat salah

seorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikan tetap kerana hatiku
seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku
seorang yang dapat membuatku berasa sebagai seorang wanita ketika berada di sebelahnya

Aku tidak meminta seseorang yang sempurna
Namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna
sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata Mu
Seorang lelaki yang memerlukan sokonganku
sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan doaku untuk kehidupannya

Amin Ya Rabbal Alamin..

You May Also Like

0 Kasih Sayang=.='