facebook google twitter tumblr instagram linkedin
  • Home
  • Travel
  • Life Style
    • Category
    • Category
    • Category
  • About
  • Contact
  • Download

FARHAN AMIN

Powered by Blogger.
ASSALAMUALAIKUM..SAYA NURULFARHAN BT MOHD AMIN..NICE TO MEET YOU ^.^. ..

HAI

Assalamualaikum...


Rasanya dah lama sangat tak menaip..biasalah..rutin pelajar..ye belajar..lagi pun macam tak de pape yang nak dikongsikan..hari ni Isnin bersamaan 31 Disember 2012..hari terkahir tahun 2012 dalam kalendar masihi..Alhamdulillah..kita semua masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi Allah ini..

Berbalik pada tajuk kali ni "Kisah terakhir gadis belasan tahun"...mean??apakah??why this title?mengapa?....0oohhh..sebenarnya tahun 2012 adalah tahun terakhir yan bergelar gadis belasan tahun *so confuse (u_u)....why??sebab yan tak pasti dengan perangai yan sendiri..kadang2 rase macam matang..kadang2 rase macam budak2 lagi..oohhh maaann *tangan ke bahu..mata ke atas

Tapi normal la tu kan..tp yan ttp bersyukur kerana Allah memberi kesempatan kepada yan untuk menikmati hari2 terakhir bergelar gadis belasan tahun..hidup sebagai gadis belasan tahun amat menyeronokkan....and one more thing..tahun terakhir bergelar gadis belasan tahun amat memberi cabaran dalam hidup yan..bergelumang dengan dugaan..cabaran,,dan masalah.telah memberi satu kekuatan kepada yan utk menjadi seorang gadis *yg tak lama lagi nak jadi wanita yang matang...hooyyyeeeaaayyyhhhh !!!!!

Dan satu perkara yang sangat penting...this year make me realize apa yang yan perlu dahulukan....tq to mom,dad and also my friends especially both of my darlings..WanMunirah & Hasliza Jumat because always with me..and i want you to know that i love both of u so much.....^^..

p/s

     Tuhan,
      Maafkan jika aku rapuh dan suka mengeluh,
     Tapi mulai hari ni,aku seharusnya bersyukur dengan semua nikmat yang tidak bisa aku hitung,,
     Aku masih bisa bernafas dan masih bisa berjalan..
     Mohon jauhkan aku dari berkeluh kesah,kesempitan fikiran,kekotoran hati dan dari kemalasan tubuh ini,
     Dan Tuhan,
     Jaga,sayangi,kasihani,cintai dan lindungilah selalu insan yang membca tulisan ini sepanjang hidupnya..
   
     Terima kasih Ya Allah.........


3:36 AM No Kasih Sayang=.='

Telahku lalui
Telahku lukai
Dibuai mimpi-mimpi
Mengasyikkan imarahku
Semua yang sempurna
Hanyalah dimata
Tangisanmu berbisik
Ku sendiri
Izinkan diriku
Lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya
Melupakan segalanya
Kini ku sendiri
Hilang segala cinta
Sebuah realiti
Bernokhtah di sini

Semua yang sempurna
Hanyalah dimata
Dibuai mimpi-mimpi
Mengasyikkan imarahku
Izinkan diriku
Lenyapkan segala
Namun ku tak terdaya
Melupakan segalanya
Kini ku sendiri
Hilang segala cinta
Sebuah realiti
Bernokhtah di sini
~~hapuslah air mata di pipi dan hilangkan lara di hati..Terimalah semua sebagai sebahagian dari perjalanan hidup ini..Dengan kebesaran hati dan jiwa..dirimu akan menemukan apa rahsia disebalik titian kehidupan yang telah dijalani..Hingga kelak akan engkau rasakan tidak ada lagi kegelisahan dan keresahan saat sendiri...wahai sahabat..akak ku korbankan dan lenyapkan perasaan ini demi sayangku terhadapmu..doaku sentiasa mengiringi kebahagiannmu..semoga kau beroleh kebahagiaan di dunia dan di syurga,...maafkan aku...~~
2:32 AM No Kasih Sayang=.='

Assalamualaikum....semenjak hati ini dirundum perasaan bingung dengan masalah yang berlaku membuatkan aku teRdetik untuk menunaikan SOLAT SUNAT ISTIKHARAH..setelah habis mengulangkaji pelajaran..aku terus bergegas mengambil wuduk dan memcapai buku PANDUAN SOLAT yang terdapat di atas meja belajar ku...aku juga tidak lupa untuk mecari beberapa artikel mengenai kelebihan solat sunat 2 rakaat ini..Justeru..aku terjumpa satu artikel yang sangat berguna buat para pembaca DIARI ONLINE ku yang tidak seberapa ini...

from http://luqmannul.blogspot.com

Jabir bin Abdillah r.a., ia berkata: 
"Rasulullah SAW mengajari kami solat Istikharah 
untuk memutuskan segala sesuatu, sebagaimana mengajari Surah Al-Quran." Baginda SAW bersabda: "Apabila seseorang diantara kalian mempunyai rencana untuk mengerjakan sesuatu, hendaknya melakukan solat sunat (Istikharah) dua rakaat, kemudian bacalah doa ini:

'Ya Allah, sesungguhnya aku meminta pilihan yang tepat kepada-Mu dengan ilmu-Mu dan aku memohon kekuatan kepada-Mu (untuk mengatasi persoalanku) dengan Mahakuasa-Mu. Aku memohon kepada-Mu sesuatu dari anugerah-Mu yang Maha Agung, sesungguhnya engkau Maha Kuasa, sedang aku tidak kuasa, Engkau Mengetahui, sedang aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahui hal yang ghaib. Ya Allah apabila Engkau mengetahui bahawa urusan ini (orang yang mempunyai hajat hendaknya menyebutkan persoalannya) lebih baik dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya dalam diriku atau-Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - takdirkanlah (tetapkanlah) untukku, mudahkanlah jalannya, kemudian berilah berkah.

Akan tetapi apabila Engkau mengetahui persoalan ini membawa keburukan bagiku dalam agamaku, penghidupanku, dan akibatnya kepada diriku, atau Nabi SAW bersabda: '...di dunia atau akhirat' - maka singkirkan persoalan tersebut, dan jauhkan aku daripadanya, takdirkan (tetapkanlah) kebaikan untukku di mana sahaja kebaikan itu berada, kemudian berikanlah keridhaan-Mu kepadaku.'"
(HR. Bukhari, Abu Dawud,
At-Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah)


Keterangan tentang Solat Istikharah

1. Solat Istikharah hukumnya sunat. 

2.Boleh melakukan solat Istikharah pada bila-bila waktu, setelah solat yang wajib atau sebelumnya.
 

3. Boleh membaca Surah apa sahaja selepas Al-Fatihah kerana tidak ada dalil yang menetapkan surah tertentu.
 

4. Tidak ada keterangan bahawa seseorang apabila sudah solat Istikharah akan bermimpi melihat sesuatu,
 atau lapang dadanya. 

5. Yang jelas bahawa Solat Istikharah adalah ibadah, ibadah harus ikhlas dan sesuai dengan contoh Rasulullah SAW, Istikharah termasuk juga zikir kepada Allah, dan zikir kepada Allah akan membuat hati menjadi tenang.
 

6. Yang harus kita perhatikan dalam solat Istikharah adalah apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Mereka adalah sebaik-baik manusia yang paling faham tentang maksud Rasulullah SAW.


7. Solat Istikharah cukup dilakukan sekali menurut hajat yang dibutuhkan, adapun berulang sampai tujuh kali tidak ada contohnya,
(Fiqhud Du'aa-Syaikh Mushthafa al-'Adawi
Hadiits Shalaatil Istikharaah Riwaayatan wa Diraayatan
- Dr. 'Ashim 'Abdullah al-Qaryuti)

~~semoga entry kali ini memberi manfaat kepasa semua~~
Salam Barakah
NFMA
10:18 AM No Kasih Sayang=.='


Kediginan cuaca diselangi hujan seperti memahami akan kesedihan di hati ini..Seperti insan-insan yang lain..aku juga sering tertewas dengan dunia yang bernama CINTA...kadangkala kurasa dunia CINTA terlalu kejam dan kadangkala kuasakn dunia CINTA seakan memberikan aku 1001 makna tentang erti kehidupan yang sebenar.Tapi apa yang aku tahu...ini semua adalah ujian dan ketntuan daripada Allah S.W T yang maha mengetahui segala-galanya...Sememangnya menyukai seseorang adalah perkara yang amat biasa buat manusia.Ya...dilukai dan melukai...jiwa remaja sangat lali dengan keadaan ini...Aku juga seperti kalian..menginginkan CINTA yang mampu membimbing aku kejalan NYA...aku juga menginginkan seorang lelaki yang mampu menjadi imamku..tetapi mungkin sekarang bukan masanya..."CINTA BERMULA DARI PERSAHABATAN"...aku sememangnya berpegang pada kata- kata ini...ya...kisahku ini mungkin sudah biasa berlaku tehadap gadis2 lain...menyukai insan yang bergelar SAHABAT...aku tak kisah apa jua pandangan orang mahupon pandangan sidia...bagi aku...ini lah permulaan aku mencari bakal imamku..kerana aku sudah mengenali dia dan aku yakin dengan sifatnya...tapi aku tak kisah jika ditolak...yang penting aku berani untuk jujur dengannya...memang amat berat aku menerima semua ini tapi demi kebaikan aku lepaskan saja semua..kembali menjadi SAHABAT..berkongsi suka dan duka...itu sudah bermakna buat aku..>.<...Aku mungkin tidak akan mencintai insan yang aku cintai..tetapi aku pasti akan mencintai insan yang Allah tentukan buat aku....kerana aku tidak layak berasa arif tentang cinta daripada Allah S.W.T yang telah menitipkan cinta diantara kalian berdua...semoga kalian dapat mencipta syurga didunia sebelum meraih syurga di akhirat...^^..........

10:16 AM No Kasih Sayang=.='
Ya Allah,jika KAU izinkan sidia menjadi bakal imamku,izinkanlah wajahku menjadi sinar dalam hidupnya...Izinkanlah sentuhanku menjadi jalan mendekati diriMU Ya Allah..Wahai Allah yang maha mengetahui..tunjukkanlah jalan yang benar buat hambaMU ini Ya Allah....
4:29 AM No Kasih Sayang=.='
Kehadiran aidilfitri sangat menggembirakan aku kerana pada saat itu aku dapat berkumpul bersama sanak saudara yang jauh dan susah untuk berjumpa..kegembiraan di hati ini semakin bertambah apabila pada tanggal 25 Ogos..keluarga aku telah meraikan kehadiran ahli keluarga kami yang baru..abang aku sudah mendirikan rumah tangga bersama insan pilihan hatinya....aku gembira melihat abang...malangnya,,hati aku terasa seperti dihiris sembilu apabila melihat foto2 salah seorang insan bersama rakan- rakannya...kerinduan Kau terhadap dirinya semakin menebal....awak semakin bahagia kini...benarlah kata orang..." buat apa kita merindukan orang yang tidak merindukan kita" ..awak sudah tidak mengenali saya lagi..sedangkan saya tidak pernah melupakan awak..setiap saat saya berdoa kepada ALlah SWT supaya saya dapat dipertemukan kembali dengan awak..tapi saya tahu awak tidak mahu berjumpa dengan saya..xpe..saya tak kisah..saya cuma ingin melihat awak bahagia...walau apa pon..saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN...semoga syawal kali ini memberi 1001 makna buat awak dan keluarga awak..saya tetap akan merindukan awak....
10:24 PM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum....bace entry pon dah tau sedihkan,,hemmm,,,honestly memang sekarang yan sedang kecewa,,sangat2 kecewa,,this time bukan kecewa sal lelaki tp sal lain,,sedih rasa hati,,mengharapkan permata yang akan menyinari kehidupan di kampus tapi apa yang berlaku...terkena luka kaca...tapi mungkin ini dugaan yang Allah SWT berikan kepada kami...DIA nak uji kesabaran kami...yan yakin di sebalik semua ni,,ada pelangi yang akan menyinari kehidupan kami..pertolongan kami dibalas dngan balasan yang tidak setimpal...Hina sangat ke kami????Hanya Allah SWT yang mengerti perasaan ini...

nota kaki : sesiapa yang baca entry kali ni..maafkan yan sekiranya yan ada melakukan kesilapan terhadap korang...:(
8:06 AM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum semua...nah hambeekk kau..!!1bersawang dah blog yan ni,,uhuhuh.biasa la..sibuk kan,,,berbalik kepada topik kita pada hari ni..BERMULANYA SEMESTER BARU...pejam celik dah dekat setahun dah yan menuntut ilmu di UPMKB ni..dah semester 3..heheh,,and thats mean yan dah ad junior...yeepp..sejujurnya memang yan sangat selesa dengan junior..since sekolah dulu..heheh..so..semakin banyak tanggungjawab..banyak perasaan ada bila masuk semester baru ni...perasaan gembira kompom la sbb dah xdk konflik dengan classmate and then tgk kawan2 pon dah semakin matang..tapi perasaan sedih pon ada gak sebab ada la salah sorang classmate ni nak extend sem...entah la kenapa...tapi yang penting,,semakin kita dewasa..semakin matang pemikiran...insyaAllah akan berusaha lebih untuk berjaya...:)
|
|
|
v
kasih sayang takkan hilang walaupon dah semester 3..:)
12:30 AM No Kasih Sayang=.='
Setelah sekian lama tak memunggah blog ni,,akhirnya aku diberi semangat untuk menaip...cuti 2 bulan,,,duduk rumah,,,makan..tidur,,online,tuu jela kejenya,,dah tak de duty lain..nak jumpa member pun masing2 tak nampak batang hidung kat Felda ni...0ooh,,berbalik kepada tajuk entry..KELIRU..CONFIUS..ooh tidak..word yang paling tak best untuk dibahaskan..:(...

  Everyday berharap dapat jumpa kawan2 especially kawan yang "disayangi"...one day mmg jumpe die,,oke kawan..kau semakin berisi..moto pun dah bertukar warna,,time tu sangat gumbira sebab almost 2 years tak jumpa dia,,but then,,,aku terkejut,,nasib baik tak terkentut..huhuh...aku nampak die ukur jalan kat Felda ni dengan seorang wanita dan wanita itu sangat aku kenali..ooooh my..! !...kalau kau nak special2 dengan sape pun,,cari la yang aku tak kenal..oooh noo ! ! balik2 terus hujan bercucuran dari pipi aku,,ooooh,,sedihnya rasa dihati..:(..sebab tu aku keliru,,,aku tak tau sama ada aku tetap dengan pendirian aku untuk mencari pasangan hidup time umur 21 tahun ataupun sebenarnya aku masih belum boleh lepaskan manusia tuh.???..

eeeeerrr..-,-..tu je,,k bai
.
2:46 AM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader sume..apa habaq sume??nampak tak la ni belajaq cakap longhat kedah,,biasa la..tak lama lagi yan dapat kakak ipaq orang utara,,huhuh..congrate for my lovely brother kerana akhirnya anda dah nak kawen,,huhhu..oke,,entry kali ni totally bukan mengenai kumbang yang yan sayang dah nak kawen tapi mengenai CLASSMATE yang disayangi,,
 
   oke..dah cukup sebulan dan bermakna yan amat rindukan korang,,eerrr-,-...tapi korang rindukan yan ke..xpela..blog ni jela tempat yan curahkan rindu kat korang..and guess what..i totally miss our moment di ladang...so sweet..heeheeh...selama cuti yang melanda kite sume ni kan,,apa la agaknya aktiviti korang ek,,yang yan tau cuma aktiviti sosial insan-insan dibawah ini :
|
|
v



yes!!!kami hantu online,,,,,*online memanjang...

  Heheeheh...memang ntah pape..yang lain mmg xtau citer..xpela..bulan 6 nanti kita jumpa la balik dan kita sume akan dapat hadiah yang paling best iaitu "mengHANDLE para junior:..huhuh....yan xtau la nak tulis ape ag,,hehehe..macam dah ketandusan idea dan juga harapan...

nota kaki : to abg ipaq AFIQ IZZAT..: "aku sebagai adek ipaq ang sangt merindui ang yang mulut banyak tu,,saman ngn kembaq ang,,HAZIM OT."

              to my darlings : "aku rindu korang ZA..MUN,,sangat amat terlalu rindu"

             to all DPNT'S  : "miss korang..jumpa nanti"

10:06 AM No Kasih Sayang=.='
ASSALAMUALAIKUM CINTA,,,
WAALAIKUMUSSALAM RINDU...:)

Wah..romantisnya ayat tu,,huhuh..lama dah tak update blog..dah bersawang pon..:)yeayh..ayat diatas tak de kene mengena dengan entry kali ni..haha..setelah sekian lama bertapa kat BUMI KENYALANG tuh....akhirnya..yan balik as anak FELDA..hahah..miss my lovely home...and now i'm very bored..mom and dad always meeting..meeting..meeting,,and i'm lonely...so..macam biasa la..yan try my talent to make a cupcake,,hahaha.....mule2 tu memang tak yakin tapi at last,,hahha..i got it...jom tengok hasilnyer..
|
|
|
v

|
|
v

but kan..bila yan buat this coklat...i remember him :(
at that time dia suka sangat makan kek coklat,,and thats why yan belajar buat coklat cake,,but now...??semua tu tunggal kenangan...:(

k la...tata

12:47 AM No Kasih Sayang=.='


oke,,Assalamualaikum silent reader...yepp..hari ni yan balek semenanjung,,huhu,,sangat tak sabar,,tapi kali ni yan balik rumah kakak kat Johor Bahru,,,,yeay!!!..anf FYI,,flight dari bintulu terus ke JB tak de,,so terpakse la flight ke Kuching dulu*masih dalam sarawak lagi rupenye:(....nasib la ada MIMI,,,ada gak la teman,,,oke..4 hours to wait....

*terpkse bertpa di Mcd kuching with my apple pie..:)

ktata
11:25 PM No Kasih Sayang=.='
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪
                                                           
                                         

Persoalan ini sering bermain dibenak minda saya,,saya tertanya-tanya,,suatu ketika dahulu.awak dan saya merupakan SAHABAT yang sangat rapat...kita memahami antara satu sama lain..setiap perkara yang saya lakukan,,awak sentiasa menyokong....saya tau saya salah sebab terlanjur MENCINTAI awak...tetapi awak membalas cinta saya...malangnya cinta kita putus di tengah jalan disebabkan oleh beberapa faktor,,,saya tak tersa sangat sebab PERSAHABATAN kita tidak terjejas walaupun cinta kita musnah...tetapi disebabkan PERISTIWA HITAM yang berlaku di antara kita,,hubungan PERSAHABATAN kita terus musnah..kita berdua terus DIAM,,tiada panggilan dari awak,,,hari-hari saya tunggu panggilan awak,,,,sudah setahun kita tidak bertemu,,saya amat merindui diri awak,,apa yang berlaku pada saya kini sama dengan apa yang berlaku antara saya dan awak,,,disebabkan satu KEJADIAN,,,classmate saya yang saya sayang sudah tak nak tegur saya..It's a bad thing that i ever had....miss him a lot,,even meet every day,,,Kalau awak nak tau hari-hari saya tunggu awak approve FB saye...tapi awak hiraukan...awak xrindukan KEK COKLAT saye????awak xrindukan BEBELAN saye???jap ye....



awak simpan lagi tak keychain ni,,,??saya xleh nak kate apa la kalau awak dah buang kan,,ingat tak angka ni 150811..see..ni tarikh birthday kiter kan...Sejujurnya saya katakan yang saya amat merindui awak...awak adalah salah seorang SAHABAT yang memahmi perangai saya..please come back to me my FRIEND.....





if you read my blog..i want to say that

(╯︵╰,).i really2 miss u my friend AJIB.(╥_╥)

9:39 AM 2 Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent rider,,sume sihat??Alhamdulillah,,today 18 Mac is my Kumbang's birthday..want to know who's my kumbang....????
|
|
|
v
yes...he's my kumbang..MOHD NAQUIDDIN...

Ini lah sorang-sorang nye ABANG yang yan ada kat dunia ni and he's the best brother in the world!!!!!he's such an excellent and successfull person and i love him so much than he know..huhuhuh...even we always argue and gggrrrrr...but he always in my heart...

"ABANG DD,,,SELAMAT HARI LAHIR,,SEMOGA ABANG DIPANJANGKAN UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI AND I WANT YOU TO KNOW THAT I LOVE YOU SO MUCH...MORE THAN YOU KNOW"



p/s  : untung kan dapat adek cam kak yan,,huhuh

ktata....

10:13 AM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader..acane..sihat??hmm..dah lama yan xupdate blog ni,,biasa la..sekarang ni dalam mood final exam,,huhuh,,tapi time yan online MUKABUKU,yan terbaca satu status NURAFIKAH AZIZ(Pikah,,kau jangan nak bannga sangt ak mention nama kau)..huhuh,,,tentang jodoh..sangat menarik,,yan nak pinjam sekejap je mata you all untuk baca mengenai jodoh ni....
|
|
|
v
Jika kamu memancing ikan... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu & mungkin ia akan MENDERITA selagi ia33 masih hidup.

Begitulah juga...setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu, & mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya & janganlah menganggap ia begitu teguh...cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak...tentu sukar untuk kamu menambalnya semula... Akhirnya ia dibuang... Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya, mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi...

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya... Janganlah kamu terlalu mengaguminya & janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... Akhirnya kamu KECEWA & meninggalkannya. Sedangkan, jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan - Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..?? Terlalu ingin mengejar kelazatan... KELAK.. Nasi itu akan basi & kamu tidak boleh memakannya... Lalu kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU.. MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain..?? Terlalu mengejar kesempurnaan... KELAK.. Kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Lalu kamu juga yang akan MENYESAL...!!
 
3:50 AM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader..acane??sihat..hmm..this week sume lam mood exam rght,,huhuh..BTW..yan malas yang menaip panjang2..just want to say that...I WILL MISS ALL OF YOU....
|
|
v



always miss this moment =.='






alooo..comenyer HAZIM OT..=)









^
|
|
always be FRIIEND

salam kasih dari...
|
|
|
v


luv u guys....

ktata..=)



5:45 AM 1 Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader,,hari ni yan nak cerita sal seorang insan yang amat yan kagumi dalam dunia ni...
Dilahirkan pada tanggal 13 April 1958,,beliau dibesarkan dari keluarga yang serba kekurangan,,mempunyai 6 orang adik beradik ( 2 perempuan,4 lelaki)..beliau merupakan anak yang ke-4*sama cam yan..beliau seorang yang sangat rajin,,semasa usia remaja,,beliau sering membantu bapa beliau,,beliau juga seorang yang berpelajaran tetapi masalah kewangan yang dihadapi oleh keluarga menyebabkan beliau tidak menyambung pelajaran,,tetapi berkat apa yang dipelajari,,Alhamdulillah beliau berjaya membuka bengkel motor yang terletak di sebelah rumah beliau dan ini dapat membantu meringankan beban bapa beliau...Tak lama selepas itu,beliau bekerja di kilang kelapa sawit (F) Sg.Koyan 3 dan disitulah beliau bertemu dengan cinta sejati beliau iaitu isteri yang amat disayangi..Setelah berkahwin,,beliau mendaftarkan diri sebagai peneroka di salah sebuah Felda yang terdapat di Bera,Pahang(Felda Tembangau 01)...Bermula lah perjalanan beliau sebagai seorang suami..pada 1 Mac 1985,beliau menjadi seorang bapa..yan amat mengagumi beliau kerana beliau seorang yang sangat tabah...pelbagai pekerjaan yang beliau lakukan untuk menyara kehidupan keluarga beliau,,menoreh getah,,wirering,plumber,,buat rumah,,jual produk,mando..macam-macam lagi la yang beliau lakukan hanya untuk  memberi kesenangan kepada anak-anak beliau,,,beliau juga seorang yang sangat penyayang dan juga caring..ketika isteri beliau dalam pantang dan juga ketika isteri beliau sakit seminggu sebelum perkahwinan anak sulung beliau,beliau menjaga dan merawat isteri beliau dengan penuh kasih sayang,,tidak ada lansung rungutan diwajah beliau..Beliau sangat tegas,,sekiranya beliau kata 'TIDAK!'..maka tidak la..beliau langsung tidak membenarkan puteri-puteri beliau keluar pada waktu malam..tapi yan tau beliau melakukan seperti itu kerana beliau amat risau dan sayangkan puteri-puteri beliau kerana beliau tau mereka ini sangat berharga...Beliau juga seorang yang amat memahami,,beliau sentiasa mengikut 'kerenah' anak-anak beliau....yan amat rindukan beliau...wang RM2.50 setiap hari yang beliau beri takkan yan lupakan..ciuman dipipi sebelum kesekolah sentiasa segar diingatan...rotan,,marah yang sering beliau lemparkan menyebabkan yan kini menjadi seorang MANUSIA..mungkin ada hikmah yan belajar jauh dari keluarga.yan sedar kasih ayah amat bernilai...Beliau yang yan maksudkan..
|
|
|
v

En.Mohd Amin Bin Bakri..

ayah..kak yan sayang ayah sangat2,,,more than u know......!!

p/s : ayah tunggu kak yan balik ek (menaip sambil ditemani air mata kerinduan)=(

ktata
10:16 AM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader...see..apa yang yan tulis kat tajuk entry ti????nak tau tak???jap yeee

|
|
|
v
perghh..memang telan air liur la..
hahahah..PARKIA SPECIOSA tu nama saintifik bagi PETAI..
ramai tak suka petai sebab bau dye kan..
betul tak??
memang tak dinafikan bau dye mmg menusuk kalbu.hahaha
tapi khasiat dye sangat tinggi..
Pinjam sekejap je masa korang baca khasiat petai ni ek...

JOM BACE....=)

1.Petai mengandungi serat yang tinggi yang dapat menormalkan kembali aksi pencernaan dan mengatasi penyakit sembelit tanpa harus kembali ke laktasiv

2. Petai yang dimaniskan dengan madu boleh mengurangkan mabuk..(*kepada yang sering mabuk2 bile nek kete,,makan la petai manis ni ataupun dikenali sebagai MILKSHAKE PETE)..huhu..Petai membantu menenangkan perut dan dengan bantuan madu akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang jatuh dan susu menenangkan serta memperbaiki cairan tubuh.

3. Rasa gatal dan bengkak kesan gigitan nyamuk dapat diatasi dengan menggosok bekas gigitan dengan bahagian kulit petai(woow!!!)

4.Petai mengandungi vitamin yang mampu menegangkan saraf.

5. Petai mengandungi zat besi yang tinggi yang dapat menstimulasi produksi sel darah merah dan saat terjadi anemia..

p/s : oke..itu saja yang yan nak kongsikan,,sebanrnya banyak lagi..
nak tau lebih lanjut..layarilah laman sesawang..
|
|
|
v
http://ghobro.com/kesehatan/16-khasiat-petai-bagi-kesehatan.html

ktata..=)
10:32 PM No Kasih Sayang=.='
^
|
|
|
auwwwww!!!~~~nikmatnya kalau dapat makan kek coklat bersama hot coklat..
yummy2...huhuuh..eh..lupe nak bagi salam..
Assalamualaikum silent reader..amacam..sihat????
Hari ni yan nak kongsi satu resipi yang yan sangat suka buat bila di rumah
KEK COKLAT KUKUS...
hee..dijamin sedap tau...

BAHAN..
1 cawan serbuk coklat (sape yang suke milo boleh gunakan milo):)
1 cawan gula
1 cawan minyak masak(boleh gantikan dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum  naik sendiri(lagi lembut)
1 tin susu cair
1 1/s sudu teh soda bikarbonat
1 1/2 sudu teh serbuk penaik
2 biji telur
hiasan (coklat bar,coklat rice atau apa2 hiasan yang menarik)

CARA-CARA
1.Sebelum buat apa-apa,the first thing yang kita kena buat ialah didihkan air dalam pengukus
2.Sementara tunggu air mendidih,ambil 2 biji telur dan pukul hingga kembang,setelah itu campurkan minyak masak dan susu cair,gaul sehingga kembang.
3.Dalam mangkuk lain,masukkan tepung gandum,soda bikarbonat,serbuk penaik,gula dan serbuk coklat.Gaulkan
4.Setelah itu,campur adunan 1 dan adunan 2 dan kacau hingga sebati.
5.Sediakan loyang yang telah disapukan dengan marjerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati..
6.Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit
7.Selepas masak,cairkan coklat bar dan sapukan diatas serta disekeliling kek,setelah itu,taburkan manik2 hiasan diatas kek
8.Kek siap untuk dimakan(*lagi sedap kalau sejukkan dalam peti)

SELAMAT MENCUBA....=)

ktata^_^



7:27 PM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader...sihat????hari ni yan nak cerita sal teknik-teknik motivasi...motivasi sangat penting tak kira la pelajar ke pekerja ke,,setiap masalah ada jalan penyelesaiannya..lagi satu kadang-kadang motivasi dapat menaikkan semangat pelajar untuk belajar,,betul yak??..yan nak pinjam bape minit je mata anda untuk membaca apa yang yan kongsi ni...

SELAMAT MEMBACA..=)

Teknik-teknik motivasi....


1. Keyakinan diri....

Terdapat berbagai-bagai teknik bagi memotivasikan pelajar dalam penglibatan aktiviti.Unsur2 keyakinan diri,dedikasi dan juga keagungan diri perlu dititikberatkan.Cara yang ideal adalah dengan membuat persediaan bagi program motivasi jangka panjang.Dalam program itu guru sentiasa memberikan galakan kepada pelajarnya.Guru memotivasikan pelajar melalui daya pemikirannya,dedikasinya serta sikapnya pada aktiviti yang dilakukannya.Program motivasi jangka panjang boleh dikatakan satu usaha pihak duru yang cintakan profesionnya dan yang sentiasa menggunakan berbagai cara bagi memotivasikan pelajarnya supaya berjaya dalam bidang dan aktiviti yang dilakukan.

2. Falsafah Tentang Sesuatu

Apabila melibatkan diri dalam aktiviti,para pelajar sentiasa diingatkan mereka supaya yakin dengan perlakuan mereka.Aktiviti yang dilakukan bertujuan meningkatkan kemajuan mereka.Mereka perlu mencuba sedaya upaya lebih maju tanpa memikirkan kegagalan.Falsafah sedemikian perlu disemai dalam diri pelajar.Pencapaian sebenarnya bermula pada tahap pemikiran...

THE END....

Itu sajalah yang yan nak kongsikan pada hari ni....SELAMAT BERMOTIVASI..:)
5:03 AM No Kasih Sayang=.='
^
|
|
|
sila lihat...wah,,,CANTEKNYA mereka...mereka kakak dan adek yan
1 Mac adalah tarikh mereka dilahirkan didunia ini oleh bonda yang amat disayangi
Zurainah Abdul Jalal..
Walaupun sama tarikh tapi tahun lain la...
secret...shhhhhhh..hahaha =)

NURULFARHANIM BT MOHD AMIN
NURUL FARAHIN BT MOHD AMIN

Selamat ulangtahun kelahiran..semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
kak yan sayang korang!!!;;:)

ktata.....
8:22 AM No Kasih Sayang=.='
Izinkan mata penaku menari,mencari irama penghargaan buat ikatan persahabatan yang terindah dan tidak ternilai ini,,,sejujurnya mengenali diri kalian sangat membahagiakan diri ini,,zaman persekolahan sudah berlalu,kini teman seperjuangan dalam meniti kejayaan..

Sahabatku,,

Aku suka waktu kau mendorongku bersamamu,menjadi mawar aspirasi di Taman Larangan buat sembahan raja mujahid di Syurga idaman.
Aku suka waktu kau memberi bimbingan untukku supaya tidak menjadi seperti epal yang berselerakan di tanah,
Aku suka waktu kau memintaku untuk kekal sebagai epal larangan di puncak yang dijamin keberkatan..
Aku gembira kerana mengenalimu sebagai SAHABATKU..

Tapi kini,,semuanya tinggal kenangan,,andai tercalit rasa benci terhadap diri ini,sejuta kemaafan ku pohon kepada kalian,,andai diri ini tersasar,,mohon dibimbing,,tapi tidak mengapa,,kebencian kalian tidak akan sesekali diri ini balas kerana..

KASIH TAKKAN PERNAH PADAM.....

Teman,,
Injak kakiku terasa longlai ke udara,
Tiada rasa sayu,
Tiada rasa pilu,
Andai aku tiada,
Abadikan memori kita bersama,
Pahatkan tanda kuburku,
Seharum mawar putih
dan sewangir kasturi..

3:21 AM No Kasih Sayang=.='
kami BERTIGA...
|
|
|
V

28/2/2012
only US.....
8:18 AM No Kasih Sayang=.='
Salam semua silent reader,,,yan nak pinjam korang jap ek untuk entry kali ni...
cuit..cuit,,jap eh,,klik la link ni..http://pepatah-hati.blogspot.com/..
haa..bace jangan tak bace pulak ye..banyak gak la pepatah cintan cintun dalam blog tu..sape-sape yang rase agak kejiwangan memang sangat sesuai bace blog ni,,huhuhu,,
actually yan tertarik dengan satu pepatah ni,,jap ye....
|
|
|
v

itu saje untuk kali ni
ktata
10:18 PM No Kasih Sayang=.='
Assalamualaikum silent reader..
Ha..entry kali ni yan nak cerite sal program yang dilaksanakan di SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL MIRI(Kem Kepimpinan Putra)..
First day pegi mmg xberapa nak ada nafsu sbb penat kan..cam nak xnak..heheww>.<..
malam tu pulak dengan takdir-Nya,,sekolah tu blackout..ingatkan mmg dah selalu..rupenye tu lah first time blackout time mlm..:D(rase macam bawak malang la pulak)...tapi..still cool..hahha..itu yang penting..
Alhamdulillah elektrik ada & malam tu aktiviti berjalan dengan lancar..
mula-mula memang la malu..heheeh..
yan dan thivia jadi fasi kumpulan 4..
|
|
|
v
ha..ni la ahli kump 4.TERBAEK!!

huhhu..hari kedua EXPLORACE..mmg sangat seronok..
budak2 ni pon happy giler..
konon-konon nak mengenakan derang..
hambek!!dengan fasi2 skali kene conteng muke...hahaha
lenjan je la,,,
|
|
|
v





seronok diorang..huhuh..

hari last..pekara yang tidak disangka berlaku..
diorang nyani lak lagu "SAAT TERAKHIR"..untuk fasi
YaAllah..sumpah terharu..
terima kasih adek-adek..
habis air mata akak korang buat tau,,huhhuhu..
ape2 pon ingat pesan semua fasi oke..
blaja elok-elok..ingat jasa ibu ayah..
kalau ada rezeki kter jumpe lagi oke...
AKAK SAYANG KORANG!!!!


ktata...>.<

6:25 PM No Kasih Sayang=.='
Newer Posts
Older Posts

About me

About Me


Aenean sollicitudin, lorem quis bibendum auctor, nisi elit consequat ipsum, nec sagittis sem nibh id elit. Duis sed odio sit amet nibh vulputate.

Follow Us

Labels

suke suki kakyan

recent posts

Blog Archive

  • ►  2013 (9)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (4)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (33)
    • ▼  December (2)
      • Kisah terakhir gadis belasan tahun
      • NOKTAH....
    • ►  October (2)
      • Sahaja aku solat sunat istikharah kerana Allah SWT
      • kedinginan hati..:'(
    • ►  September (1)
      • Doaku Buat bakal imamku
    • ►  August (1)
      • Aidilfitri 2012
    • ►  July (1)
      • mengharapkan permata tapi diberi kaca..
    • ►  June (2)
      • BERMULANYA SEMESTER BARU..:)
      • keliru seyh..-.-
    • ►  April (2)
      • eeerrrr..CLASSMATES :)
      • homemade cupcake..;)
    • ►  March (9)
      • bertapa di MCD Kuching
      • terlalu merindui kau KAWAN.....(╥_╥)
      • selamat hari jadi "MY KUMBANG"..
      • JODOH???~~Usah mencari yang "TERLALU SEMPURNA"
      • will miss "THEM"
      • Kasih seorang insan yang bergelar 'AYAH'
      • ~~PARKIA SPECIOSA~~
      • ^|||auwwwww!!!~~~nikmatnya kalau dapat makan kek c...
      • ~~TEKNIK-TEKNIK MOTIVASI~~
    • ►  February (5)
      • SELAMAT HARI TUE!!!!!
      • Kasih takkan pernah padam : UNTUKMU TEMAN
      • 28/02/2012
      • Pepatah cinta
      • SMV MIRI!!!!Brrrrrr!!!!
    • ►  January (8)
  • ►  2011 (32)
    • ►  December (6)
    • ►  November (2)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (7)
    • ►  February (7)
  • ►  2010 (4)
    • ►  September (4)

Categories

Press

FOLLOW ME @INSTAGRAM

Created with by ThemeXpose